Resepi Beef Stew

Saturday, 27 July 2013


Bahan-bahan:-

1) 1/2 kg daging / tulang / tenderloin (daging batang pinang) - Untuk resepi ini, saya menggunakan tulang daging
2) 8 biji kentang - dihiris 
3) 3 biji bawang besar - dihiris
4) 5 biji bawang putih - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 3 sudu besar sos tomato
7) 3 sudu besar sos cili
8) 1/2 tin tomato puree
9) 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
10) 1 tin kacang peas
11) 1 paket sup bunjut
12) 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk lumat
12) Garam - secukupnya

Cara membuatnya:

1) Rebuskan tulang daging, letakkan sup bunjut, secubit garam, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tunggu sehingga daging empuk. 

2) Di kuali yang berasingan, gorengkan kentang sehingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.

3) Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau. 

4) Masukkan cili kering yang telah dikisar.

5) Kemudian, apabila cili kelihatan agak garing, masukkan tomato puree, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati. 

6) Masukkan tulang daging yang telah direbus tadi dan masukkan juga 2 cawan air rebusan daging dan masukkan ke dalam stew. Biarkan mereneh seketika.

7) Ulang proses (6), sehingga daging benar-benar empuk.


8) Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam (ikut selera kepedasan masing-masing)
9) Akhir sekali taburkan kacang peas, kentang yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dihiris.
10) Siap dihidang.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Udang Goreng Berempah Bersama Cili


Bahan-bahan:-

Bahan A - perapan udang

1) Kunyit
2) Bawang putih
3) Bawang merah
4) Halia
5) Udang kertas (sederhana besar)
5) Garam

Bahan B - Cili

1) Bawang merah - ditumbuk kasar
2) 6 Batang cili merah - ditumbuk kasar
3) Minyak masak - secukupnya
4) Garam - secukupnya

Cara membuatnya:-

1) Panaskan minyak, gorengkan udang yang telah diperap tadi sehingga kekuningan. Angkat, tos dan asingkan.


2) Di dalam kuali lain, tumiskan bawang merah dan cili (bahan B) yang telah ditumbuk kasar.
Tumis sehingga cili kelihatan garing. 


3) Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua udang dapat disaluti cili.
4) Perasakan dengan garam
5) Angkat dan boleh dihidang.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Gulai Rempah Ikan Kurau Masin



Bahan-bahan:-

1) 1 biji bawang besar - ditumbuk kasar
2) 4 biji bawang putih - ditumbuk kasar
3) 1/2 inci halia - ditumbuk kasar
4) 1 paket kecil rempah kari ikan (adabi)
5) 6 batang terung - direbus dan diasingkan
6) 1 cawan pati santan pekat
7) 6 keping ikan kurau masin - dikerat sederhana besar
8) 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
8) Air - secukupnya
9) Minyak masak - secukupnya

Cara membuatnya:-

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris nipis sehingga naik bau.


2) Di dalam bekas lain, satukan rempah kari ikan, cili kering dan (bawang merah, bawang putih, halia) yang telah ditumbuk kasar tadi untuk dijadikan pes.





3) Kemudian masukkan pes tersebut ke dalam kuali, kacau sehingga pes tersebut kelihatan garing.
4) Masukkan ikan kurau masin yang telah dipotong kecil ke dalam kuali dan kacau sehingga ianya sebati dengan pes tersebut. 


5) Kemudian, masukkan sedikit air dan  secawan pati santan pekat. Kacau selalu supaya gulai tidak pecah minyak.
6) Akhir sekali, masukkan terung yang telah direbus terlebih dahulu tadi, tunggu sehingga kuah mendidih, tutup api. 
7) Siap dihidang...

p/s : Gulai rempah ini tidak perlu diletak garam. 


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak

Sunday, 21 July 2013



Bahan-bahan:-

1) 2 ekor kepala ikan jenahak (Kepala ikan sahaja)
2) 6 batang bendi - direbus dan diasingkan
3) 2 biji tomato
4) Rempah kari ikan (boleh guna adabi /  baba's) 
5) 2 sudu besar cili kering - dikisar
6) Setengah cawan air asam jawa
7) Air - secukupnya
8) 2 biji bawang besar (sederhana besar), - dikisar
9) Halia - ukuran lebih kurang 2 jari - dikisar
10) 3 biji bawang putih  - dikisar
11) Minyak masak - secukupnya
12) Garam - secukupnya
13) Santan - 1 cawan

Cara-cara membuatnya:-

1) Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.


2) Satukan rempah kari ikan dan juga cili yang telah dikisar untuk dijadikan pes.
2) Kemudian, masukkan pes tersebut. Tumiskan sehingga menjadi sedikit garing.




3) Masukkan sedikit air asam. Jangan terlalu banyak. Kacau dan tambahkan dengan sedikit air.


4) Setelah mendidih, masukkan kepala ikan jenahak yang telah siap dibersihkan. 


5) Masukkan pati santan ke dalam kuah kari yang sedang mendidih. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.

6) Biarkan mereneh seketika, kemudian, masukkan bendi yang telah siap direbus secara berasingan tadi, ke dalam kuah kari yang sedang mendidih.


7) Masukkan 2 biji buah tomato yang dipotong empat. Kacau.
8) Perasakan dengan garam.
9) Biarkan seketika. Tutup api.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang




Bahan-bahan:-

1) 3 bungkus paket kuey teow
2) Taugeh
3) Setengah batang lobak merah
4) 2 batang sayur sawi
5) 4 biji telur
6) Udang dibuang kulit dan dibasuh bersih
7) Kerang - direbus
8) 50gram isi ayam yang telah dibersihkan
9) 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
10) 5 sudu besar kicap manis
11) 3 sudu besar sos tiram
12) 1 biji bawang besar - dikisar
13) 4 biji bawang putih -dikisar
14) Minyak masak - secukupnya
15) Garam

Cara membuatnya:-

1) Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya untuk menggoreng telur terlebih dahulu. Gorengkan secara "scramble". Angkat dan ketepikan.


2) Di dalam kuali yang sama, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

3) Masukkan cili kering yang telah dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.


4) Masukkan 2 sudu makan sos tiram. Kacau perlahan.


5) Masukkan ayam dan gaul rata.


6) Setelah ayam separa masak, masukkan udang dan kerang yang telah di rebus tadi.



7) Masukkan kuey teow. Gaul rata.


8) Masukkan telur yang dah siap digoreng terlebih dahulu tadi.
9) Kemudian, masukkan sayur-sayuran seperti taugeh, sawi dan juga lobak merah. 




10) Akhir sekali, perasakan dengan garam dan sedikit kicap manis.



-SELAMAT MENCUBA-


Resepi Sambal Tempe Goreng Cili Padi

Thursday, 18 July 2013



Bahan-bahan:-

1)  Tempe
2)  Bawang besar - dihiris 
3)  Bawang putih
4)  Cili merah
5)  Cili hijau
6)  Cili padi
7)  Kicap
8)  Garam
9)  Minyak masak.


Cara memasak:-

1) Panaskan kuali, gorengkan tempe sehingga kekuningan
2) Angkat, tos dan ketepikan.


3)  Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau sehingga cili layu.
4)  Masukkan kicap, gaul sehingga rata.
5) Perasakan dengan garam dan gula.


- SELAMAT MENCUBA -

Resepi Tauhu Sumbat



Bahan-bahan:-

1)  Tauhu putih 
2)  Lobak merah
3)  Timun
4)  Taugeh
5)  Bawang putih
6)  Cili merah
7)  Limau kasturi
8)  Air secukupnya
9)  Minyak masak

Cara memasak:-

1)  Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak masak dan gorengkan tauhu putih sehingga kekuningan.
2)  Angkat, tos dan ketepikan.


3) Hiriskan timun dan lobak merah.
4) Rendam dan bersihkan taugeh.


5) Gaulkan kesemua sayuran tersebut dan ketepikan.

 Cara memasak sos cili.




1)  Kisarkan cili merah bersama 3 biji bawang putih.
2)  Masakkan cili yang telah dikisar tersebut bersama sedikit air perahan limau kasturi. Tunggu sehingga mendidih.
3)  Perasakan dengan garam dan gula.


- SELAMAT MENCUBA -

Resepi Sotong Sumbat Berkuah Kari

Tuesday, 16 July 2013



Bahan-bahan:-

1)  Bawang besar (3 biji) -dihiris nipis
2)  Telur (5 biji)
3)  Kentang (3 biji) - dipotong wedges
4)  Cili merah dan cili hijau (2 batang) - dihiris nipis
5)  Lobak merah (separuh) - dipotong dadu 
6)  Lada hitam (setengah sudu)
7)  Rempah kari ikan/sotong/udang
8)  Cili kering (dikisar) - 2 sudu besar
9)  Sotong 1 kg (dibasuh bersih)
10)  Garam
11)  Gula
12) Minyak masak
13) Pati santan pekat (1 cawan)
14) Air - secukupnya
14) Lidi - secukupnya

Cara memasak:-

Bahan A


1) Satukan telur, lobak merah, cili merah, cili hijau, sedikit bawang besar dan garam. Pukul sehingga telur sebati dengan bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas.


2) Panaskan kuali, gorengkan telur secara hancur-hancur.
3) Dalam kuali yang berasingan, gorengkan kentang sehingga nampak kekuningan. Toskan dan angkat ke dalam mangkuk.
4) Setelah kentang sejuk, tumbuk kentang sehingga lumat.


5) Satukan kentang yang telah ditumbuk lumat bersama-sama dengan telur yang dah siap digoreng. 


6) Setelah itu, ambilkan sotong yang telah disiap dibersihkan.


7) Sumbatkan Bahan A ke dalam perut sotong, dan sepitkan dengan lidi.


Bahan B (Kuah sotong)

1) Letakkan 2 sudu makan cili kering yang telah dikisar ke dalam mangkuk.


2) Letakkan rempah kari ikan (boleh juga guna rempah kari sotong dan udang).
3) Gaulkan bersama cili kering dan sedikit air untuk dijadikan pes.


4) Panaskan kuali, masukkan bawang yang telah dihiris, goreng sehingga naik bau.
5) Masukkan pes, dan kacau rata sehingga rempah sebati dan kelihatan garing. 
6) Masukkan 3 cawan air, kacau rata.
7) Masukkan sotong yang telah siap disumbat, kacau perlahan.
8) Apabila mendidih, masukkan satu cawan pati santan pekat, kacau perlahan.
9) Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk lada hitam.

   
 - SELAMAT MENCUBA -



- Copyright © 2013 This template was modified by ZATI IWANI. This blog has been created for those who has a passion about cooking. Let's cooking!!! Please leave a comment below the recipe.THANKS.