Resepi Gulai Perut Salai Bersama Rebung Madu

Tuesday 20 August 2013



Bahan-bahan:-

1) 1/2 kg Perut Lembu (disalai)
2) Rebung Madu
3) 1 cawan santan pekat
4) 3 batang serai (dititik)
5) 20 batang cili padi (dikisar)
6) 2 inci kunyit hidup (dikisar)
7) Garam secukupnya.
8) Air secukupnya

Cara-cara memasak:-

1) Kecutkan perut yang telah disalai bersama rebung madu dan serai yang telah dilumurkan dengan cili padi dan kunyit hidup di dalam periuk. Kacau sehingga semuanya sebati.



2) Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau dan tunggu sehingga mendidih.

3) Masukkan 1 cawan santan pekat, kacau dan tunggu sehingga mendidih kali kedua.



4) Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Nasi Lalapan

Saturday 3 August 2013



Bahan-bahan:

1) 3 keping tahu putih (digoreng)
2) 2 paket tempe (digoreng)
3) 1/2 batang timun (dihiris serong)
4) Kubis (dicelur air panas)
5) 3 batang kacang panjang (dicelur air panas)
6) 1/2 ikat pucuk ubi (dicelur air panas)
7) Ikan tenggiri / ikan keli / ikan bawal / ayam / empal (daging) / (optional)
8) 7 batang cili padi
9) 2 batang cili merah
10) 1 biji bawang merah kecil
11) Belacan 
12) 1/2 biji tomato



Cara membuatnya:

1) Gorengkan tempe, tahu putih dan ikan atau ayam (optional). Angkat dan ketepikan.
2) Celurkan kacang panjang, kubis, dan pucuk ubi ke dalam air panas. 
3) Hiriskan timun secara serong. 
4) Siap dihidang.

Cara membuat sambal belacan:-

1) Gorengkan belacan di dalam kuali (goreng tanpa minyak). Boleh juga gunakan belacan bakar.
2) Tumbuk belacan yang telah digoreng tanpa minyak tersebut bersama-sama bawang merah kecil, cili merah dan cili padi. Tumbuk sehingga lumat.
3) Tumbuk 1/2 biji tomato dan lenyek-lenyekkan sehingga tekstur tomato hancur. (Air tomato jangan dibuang)
4) Perasakan dengan gula jika sambal tersebut pedas.
5) Hidangkan bersama nasi putih dan dimakan semasa panas. Pastinya menyelerakan........


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Ikan Taucu Bersama Tauhu Jepun


Bahan-bahan:-

1) 4 keping ikan (siakap/jenahak/cencaru/tenggiri/dll)
2) 1/4 tin/botol pes taucu pedas
3) 1 biji bawang besar (dimayang)
4) 3 biji bawang putih  (dihiris nipis)
5) 1 inci halia  (dihiris)
6) 2 batang cili merah (dihiris)
7) 1/2 cawan air asam jawa
8) Minyak masak - secukupnya
9) 2 pek tauhu jepun ( dibelah 5 )
10) Garam
11) Gula
12) Serbuk perasa
13) Serbuk kunyit (untuk diletakkan pada ikan)

Cara memasak:-

1) Gorengkan tauhu jepun secara "deep fry". Angkat, tos dan ketepikan.
2) Gorengkan ikan yang telah dilumur dengan serbuk kunyit. Angkat, tos dan ketepikan.
3) Di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris tadi sehingga naik bau. kemudian, masukkan cili merah. Gaul sebati.
4) Masukkan 2 sudu besar pes taucu ke dalam kuali.
5) Apabila pes taucu kelihatan garing, masukkan sedikit demi sedikit air asam jawa. (jangan terlalu banyak, nanti masam)
6) Masukkan air (jika perlu)
7) Tunggu sehingga kuah mendidih, kemudian masukkan ikan dan tauhu jepun yang telah digoreng secara berasingan tadi.
8) Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. (Gunakan secubit garam sahaja, kerana taucu memang sedia masin)


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api (Resepi Turun Temurun)

Thursday 1 August 2013


Bahan-bahan:

1) 1 ekor ayam kampung (disalai)
2) Kunyit hidup/serbuk kunyit
3) 6 biji ubi kentang (dipotong wedges)
4) 2 batang serai (dititik)
5) 20 tangkai cili padi (dikisar bersama kunyit hidup)
6) 1-2 cawan pati santan pekat (mengikut selera kepekatan masing-masing)
7) Air -secukupnya
8)  Asam keping (optional)

Cara-cara membuatnya:

1) Kecutkan ayam kampung yang telah disalai bersama-sama dengan cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi di dalam periuk. Perlahankan api. Kacau sehingga semua bahagian ayam dapat diperasakan dengan cili padi dan kunyit hidup tersebut. Masukkan juga serai yang telah dititik tadi. Gaul rata.
2) Masukkan ubi kentang.
3) Masukkan sedikit air, biarkan kuah mereneh seketika sehingga ubi kentang empuk.
4) Apabila ubi kentang dan ayam telah empuk, masukkan pati santan. Kacau selalu supaya kuahnya tidak pecah minyak.



5) Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa.
6) Angkat dan siap dihidang.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Sambal Udang Petai


Bahan-bahan:

1) 1kg udang (dibuang kepala dan ekor)
2) Petai 
3)  1 biji tomato (dipotong dadu)
4)  2 biji bawang besar ( 1 biji dihiris, 1 biji dikisar)
5)  4 sudu besar cili kering yang telah dikisar
6)  1 cawan pati santan pekat
7)  Minyak masak
8)  Air - secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1)  Panaskan minyak, gorengkan udang separuh masak. Angkat, tos dan ketepikan.
2)  Di dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak. Tumiskan 1 biji tomato yang dipotong dadu tadi sehingga teksturnya kelihatan hancur. ( cara ini bagi menggantikan penggunaan air asam jawa ).
3)  Masukkan bawang yang telah dikisar, tumis sehingga naik bau.
4)  Masukkan cili kering, tumiskan sehingga teksturnya kelihatan garing.
5)  Masukkan sedikit air, kacau dan perlahankan api. Masakkan sambal tersebut dalam lingkingan masa sejam untuk memastikan sambal tersebut masak sempurna dan tunggu sehingga pecah minyak.
6) Setelah sejam, masukkan udang yang digoreng separuh masak tadi. (Letakkan air, jika perlu)
7) Setelah sambal mereneh, masukkan pula pati santan pekat. Kacau rata.
8) Masukkan petai. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit serbuk perasa.
9) Tunggu sehingga sambal mendidih untuk kali kedua.
10)  Angkat dan siap dihidang.


-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Sotong Sumbat 3 Rasa


Bahan-bahan:-

Bahan A: Untuk sumbat

1) 4 biji telur
2) Garam
3) Minyak masak

Bahan B: Untuk sos 3 rasa

1)  1 biji bawang merah
2)  2 biji bawang putih
3)  1 inci halia
4)   2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
5)   2 sudu besar sos tomato
6)   3 sudu besar sos cili
7)   Gula
8)   Garam
9)   Minyak masak
10)  3 ekor sotong (besar)
11)  2 sudu tomato puree (optional)
12)  3 biji cili padi ( dititik )
13)  1/2 biji tomato (dipotong dadu)

Cara-cara membuat:-

1) Panaskan minyak, masukkan telur yang telah dipukul dengan secubit garam dan gorengkan. Gorengkan secara "scramble". Angkat dan asingkan.
2) Sumbatkan telur yang telah digoreng secara scramble ke dalam perut sotong. Sepitkan dengan lidi.


3) Gorengkan sotong yang telah disumbatkan dengan telur tadi secara "deep fry" untuk memastikan sotong akan masak dengan sekata.
4) Sementara menunggu sotong yang digoreng tersebut masak dengan sempurna, di dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
5) Masukkan 2 sudu besar cili kering, kacau sehingga cili kelihatan garing. 
6) Masukkan tomato yang dipotong dadu, sos tomato, sos cili dan sedikit tomato puree (optional) dan boleh juga masukkan sedikit cili padi yang dititik (mengikut kesesuaian rasa pedas).
7) Perasakan dengan garam dan gula.
8) Angkat, tos dan masukkan sotong yang digoreng secara "deep fry" tadi ke dalam sambal 3 rasa yang ditumis secara berasingan tadi. Gaulkan.
9) Angkat dan siap dihidangkan.


*NOTA KAKI* - Sotong yang dimasak secara "deep fry" tadi, tidak perlu dimasak dengan lama. Biarkan lebih kurang 3-4 minit sahaja.

-SELAMAT MENCUBA-

Resepi Beef Stew

Saturday 27 July 2013


Bahan-bahan:-

1) 1/2 kg daging / tulang / tenderloin (daging batang pinang) - Untuk resepi ini, saya menggunakan tulang daging
2) 8 biji kentang - dihiris 
3) 3 biji bawang besar - dihiris
4) 5 biji bawang putih - dihiris
5) 1 inci halia - dihiris
6) 3 sudu besar sos tomato
7) 3 sudu besar sos cili
8) 1/2 tin tomato puree
9) 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
10) 1 tin kacang peas
11) 1 paket sup bunjut
12) 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk lumat
12) Garam - secukupnya

Cara membuatnya:

1) Rebuskan tulang daging, letakkan sup bunjut, secubit garam, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tunggu sehingga daging empuk. 

2) Di kuali yang berasingan, gorengkan kentang sehingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.

3) Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau. 

4) Masukkan cili kering yang telah dikisar.

5) Kemudian, apabila cili kelihatan agak garing, masukkan tomato puree, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati. 

6) Masukkan tulang daging yang telah direbus tadi dan masukkan juga 2 cawan air rebusan daging dan masukkan ke dalam stew. Biarkan mereneh seketika.

7) Ulang proses (6), sehingga daging benar-benar empuk.


8) Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam (ikut selera kepedasan masing-masing)
9) Akhir sekali taburkan kacang peas, kentang yang telah digoreng dan bawang besar yang telah dihiris.
10) Siap dihidang.


-SELAMAT MENCUBA-

- Copyright © 2013 This template was modified by ZATI IWANI. This blog has been created for those who has a passion about cooking. Let's cooking!!! Please leave a comment below the recipe.THANKS.